Wednesday 9 May 2012

saja saja jerrrr

salam dear friends,

Motif entry harini takde benda pon setakat nak merapu je. Bulan ni cik abe kenit kita dah masuk 2 tahun 6 bulan. Aku ingat nak potty train dia la, tapi tak sure macamana. Malassssnya mak nak google. Rasa nya dia okey kut bab bab nak bagitau ni. Sebab, kalau lepas berak mesti dia cakap " Umi, berak!". Tapi itu inform lepas kejadian. Macamana nak suruh dia bagitahu sebelum kejadian? Akan ku pikirkan..ngeh ngeh ngeh

Cerita pasal cik abe kenit ni, aduh, sekarang ni tak boleh lekang dari aku.Mau menangis meleh leleh hingus. Aku masuk jamban, melalak. Aku basuh baju kat belakang, melalak. Asal aku hilang je dari mata dia, start la suara menjerit-jerit. Lepastu bukan main penakut. Dia memang tak suka gila kat benda yang boleh terbang. Name it? LALAT, KELKATU, RAMA RAMA dan semua benda boleh terbang. Dia boleh histeria wooooo..






Aku ingat anak jantan aku takut benda terbang terbang je..









Sekali..









Naik benda ni pon melalak lalak macam kena histeria. Bila tak dapat main, meratib ratib minta naik. Bila dah naik meraung raung. Apa salah mak nak?Semua benda kau takut. Rasanya puas dah umi ajar jadi berani. Dah lah apak kau tak ada kerja jauh. Meeeemaaaangggggg menguji kesabaran.

Semalam satu hari buat perangai cik abe kenit ni. Aku tau, satu je cara nak buat perangai dia elok balik. Bukak pintu rumah. Letak dia kat luar 10 saat. Terus jadi anak mithali.Aariz aariz, Umi always pray Aariz jadi anak yang soleh, anak yang berjaya di dunia dan akhirat, anak yang menjaga nama baik keluarga dan anak yang berjaya. 

Bila tulis entry pasal anak rinduuu sangat. Nak nak bila bercakap mulut sampai muncung muncung.Arghh rindunyaaaa. Nanti we ask papa to buy baju attoman and ben 10 kay sayang?

No comments: