Wednesday 6 July 2011

resepi sherpad's pie yang sedap!

laki dah banyak kali mintak buat sherpad's pie..
bukan malas nak buat..tapi tak berapa rajin..kih kih kih..
sebab kalau buat sherpad's pie lepas balik kerja..
sure dapat makan dalam pukul 8-9 macam tu..
kira lambat la..

jadi untuk tidak menghampa kan pihak penganjur..
artis jemputan masak jugak sherpad's pie..hik hik hik..
mula mula kena la defrost kan daging..
aku malas masak ikut resepi..
jadi untuk kali ke-4 masak sherpad's pie..
aku masak ikut suka je..

bahan bahan yang diperlukan untuk masak sherpad's pie:

1) daging lembu yang dah di kisar/minced meat (ikut suka berapa banyak nak letak..aku masak ikut bekas..kalau bekas tu besar..kena la letak banyak sikit daging..paling best cap ramly..tak banyak sangat lemak/kulit)
2) 1 batang carrot size besar-grated (ada jugak yang letak mixed vegetables..tapi aku dah cuba..rasa kacang peas tu agak potong dengan daging..tak berapa nak blend..jadi tak sedap..secara otomatiknya kacang peas dah di undi keluar)
3) sos tomato prego(tak kisah mana mana..aku suka guna yang size kecik dalam botol..bukan size yang besar..sebab nak pakai habis..tak nak simpan yang lebih sebab tak tahan lama)
4) bawang merah satu ulas (sila potong dadu kecil kecil..lagi banyak lagi sedap sebab bawang buat kan sos jadi lebih manis)
5) kentang/potatoes (banyak mana adalah ikut size bekas..aku beli banyak la jugak sebab kentang ni bila rebus dan bila mash jadi sikit)
6) butter (ikut suka nak beli brand ape)
7) grated mozzarella cheese (banyak resepi suruh guna parmesan..tapi aku tak suke sebab cheese dia tak melting..rasa die pon kureng umphh)
8) rosemary, basil, oregano, pepper (herbs ni ade jual yang kering-very important ingredients sebab herbs ni yang buat gravy jadi sedap)
9) lea and perrins / worchestershire sauce (kalau tak letak ni rasa agak kureng sedap sikit ye)
10) 2-3 sudu besar cuka

Cara cara masak: (semua nya main campak campak sahaja)

1) rebus kan kentang yang telah di buang kulit nya dan dipotong kecil kecil supaya mudah empuk.
2) lenyek kan kentang sampai betul betul hancur kemudian letak butter. lagi banyak butter lagi lemak berkrim rasa kentang tu.. tapi yang tak best nya..jarum kat penimbang makin naik bila kita timbang berat badan..letak kentang yang telah dihancur kan ketepi..
3)panaskan kuali dan letak minyak zaitun. minyak zaitun ni tak termasuk dalam ingredients sebab benda basic yang mesti ada kat dapur ye.
4)masukkan bawang di ikuti daging.
5)masukkan carrot selepas daging sudah masak.
6)letak kan sauce lea and perrins dalam 3-4 sudu besar
7)masukkan cuka dalam 2-3 sudu besar..masak dengan api perlahan..biarkan selama 10 minit sampai rasa semua dah masak..sila rasa..kadar masam/manis masin ikut kepada tekak masing masing..
8)masukkan prego tomato sauce..kemudian masukkan kan italian herbs-rosemary, oregani, pepper dan basil. kacau dan biarkan mendidih..masak sehingga kesemua nya kering..(kekeringan sauce ni penting sebab kalau sauce tak kering betul nanti bile masuk dalam over die akan meleleh keluar bila bakar)
9) mati kan api dan sauce ini diletakkan ke dalam bekas yang hendak di bakar.aku guna pyrex.senang nampak bahagian dalam yang kena bakar tu..ratakan sauce dibahagian base pyrex..letakkan bahagian tengah lebih banyak/tinggi dari bahagian tepi.untuk prevent sauce melimpah keluar masa bakar..
10) letak kan kentang yang telah di lenyek.letak sikit sikit..tekan tekan biar padat.pasti kan rata dan padat semua bahagian..kalau tak rata dan padat, bila bakar sauce akan melimpah keluar..bertambah kerja kena lap oven pulak..
11) taburkan cheese mozzarella rata kesemua bahagian..pasti kan bahagian tepi/edge letak banyak banyak sikit sebab cheese ni sebagai agent gam..prevent sos melimpah keluar..kemudian sila masukkan dalam oven

suhu oven adalah 180darjah celcius. bakar selama 30-40 minit..bakar tak perlu lama sebab tujuan bakar hanya untuk cair kan cheese. bila atas bertukar warna perang.sila off oven anda..

senduk di atas pinggan..dan boleh makan beramai ramai sekeluarga



terlupa nak ambil gambar atas pinggan..
sebab dah syok makan sampai tak ingat
aariz suka sangat..baru masuk mulut dah cakap sedap!

seronok masak bila anak dan suami makan bertambah..
paling seronok lepas makan tidur berjemaah..
aduiiii..mana badan nak kurus!

3 comments:

cikeewana said...

akak, lea and perrins / worchestershire sauce nak cari kat mane??hehehh :)

Erma Azman said...

ade jual kat supermarket..biasa orang guna untuk marinate daging..kat section sauce memang ada lea and perrins:)

cikeewana said...

okee kak.resepi dh copy..tgu mase aje..hehe tq :)