semalam, hajat nak berbuka makan mi goreng
alhamdulillah, lepas balik kerja terus masak
malas nak masak last minute
sebab nak susu anak lagi, nak pump lagi
so bab memasak kite settle kan awal awal supaya tak terkejar kejar
masa pergi kedai runcit nak beli bahan bahan buat masak
singgah pasar ramadhan dekat area sri damansara
hajat dihati nak beli la samosa goreng on the spot tu
sekali aisey takde la pulak
puas jenguk kiri kanan tapi hampa
kuih lain semua nampak tak menarik
nak beli kuih lopes, colour hijau pekat sangat, terus tak lalu
nak beli agar agar nampak macam keras kejung je
nak beli karipap nampak tak kemas je karipap
macam orang tak pandai buat
end up nya balik tangan kosong
disebab kan tekak rasa nak makan kuih..terus kepala terfikir buat puding caramel
lama betul tak buat puding ni, adalah bertahun
dulu buat aku jual kat pasar ramadhan USJ 4
masa tu zaman sekolah menengah
masuk Uni terus tak sentuh aktiviti menjual kuih
laku tau jual puding caramel ni
hari hari licin saja..haa kan dah melalut jauh
sesampai nya di rumah
masuk masuk je dapur terus buat caramel
dah masukkan dalam kukus baru lah start buat mi goreng
buat size kecil je sebab dua orang makan kan. buat size besar mau membazir tak habis pula |
mi goreng simple.ala ala mamak. boring kan asyik mamak je. kite tukar lah mi goreng bangla. tak ingat ambil resepi kat mana. sebab ni main belasah ke. janji mudah kan |
hadiah sebelum tidur. aariz baca buku danielle steel tapi terbalik. dan sepah kan rumah. best kan ? tambah kerja mak kau ni aariz..sighhhh.. |
2 comments:
hehe..ada anak ni rumah bersepah sentiasa kan?!!sabar jelahhhhhh :P
farah, rumah memang sentiasa macam tongkang pecah. bukan anak je kuat sepah, bapak anak pon sama!hihihiihi
Post a Comment