Monday, 15 August 2011

GURUH

Tiap tiap malan aariz akan bangun dan menangis nangis tengah malam
Timing baikkk punye, yakni selepas sejam aku masuk tidur
Dah lah aku tidur pukul satu..huwawawawawa
Tak tahu lah mimpi ape
Menangis yang tak boleh dipujuk

Malam kelmarin semasa tidur di rumah parents diseremban
Aariz bangun pukul satu pagi
Puas suruh dia tidur tapi tak berjaya
Akhirnya kami terpaksa bukak youtube di handphone dan pasangkan lagu lagu sesame street
Dah lah kami suami isteri tersengguk sengguk
Dia bantai tengok youyube sampai pukul 3 pagi..huwawawawa
Pukul 5 dah bangun sahur
Lepas sahur dan solat subuh kami sepakat tidur sampai pukul 9..

Berbalik pada malam tadi
Aariz buat perangai menangis tengah malam
Geram tak tau lah nak cakap apa
Lepas bagi minum air, dia masih menangis
Nasib astro sekarang ada baby tv
dapat lah aku distract dia dari menangis

Semasa aariz leka tengok tv, tiba tiba malam tadi, petir/guruh kuat teramat sangat
Melompat cik abang kecik tu dekat aku sambil sebut takut
Petir masih lagi sambung menyambung dengan hujan lebat
Nasib aariz sambung tidur..

Petir yang kuat tu buat aku sempat terfikir
Ya Allah, apa kah kau murka dengan keadaan Malaysia sekarang
Dengan isu perkahwinan gay yang cuba dilangsungkan di Malaysia
Dengan bacaan Al Quran dimansuhkan sewaktu subuh di Pulau Pinang
MasyaALLAH, semoga bumi Malaysia ni sentiasa di dalam lindunganMu Ya Allah
Semoga kau kuatkan pegangan agama dan aqidah ke semua umat Islam


2 comments:

goblogbyfarah said...

Malaysia pun dah macam2 kan...nauzubillah!

Erma Azman said...

kan farah. lately macam hal jadi issue. tak syok langsung