Monday, 9 April 2012

why me why??

Assalamualaikum dear friends

Semalam, bila semua tengah happy tengok ABPBH, mak pon tengok sama tau. Mana boleh tak tengok. Walaupon berebut remote dengan laki nak tengok bola, tetap harussss tengok gitu. Pagi tu ada kejadian sedih. Cewah, perkataan kejadian tu tak boleh blah tu. Aku kan, teringinnnnnnn sangat nak makan maggi goreng. Tapi nak lah yang sedap kan. Laki pon agree bawak la bini pergi makan kat kedai mamak seksyen 6, Shah Alam. Sampai la meggi goreng aku. Bersemangat aku makan. Sampai separuh, aku kuis kuis meggi tu, sekali, why me? why me? owh noooo.. Sambil berlari lari keliling deret kedai mamak syed tu,kalau ikut kan hati lah kan. Sampai hati ane letak lipas dalam pinggan saya. Of all the customer, why me ane? why me the chosen one? Sedih hati mak nok.

Masa kuis kuis tu, aku cakap kat laki, "Yang, ada lipas la dalam meggi saya ni"
Time tu laki kan main defend kedai mamak tu. Bukan ada pertalian pon. Laki siap cakap "Awak ni biar betulllllll?"
Aku pon tunjuk la lipas goreng tu kat laki. Lepas tu aku cakap panggil boss dia datang. Laki pon panggil la. Time aku tunjuk muka boss tu halamak, macam sikit punya kesal la kan. Kalau ikutkan hati aku nak aja aku ugut ane tu. Mintak pampasan 1 juta. At least cerah sikit masa depan aku anak beranak kan. Tapi, disebabkan hati aku ni murni, bersih macam bersih 2.0, hasrat nak ugut ane tu dipendamkan je la. Gambar kejadian tak diambil sebab loya tekak nokkk..uweeekkkk..rasa nak muntak je kat situ.. Biar semua orang nampak sambil buat kecoh, aku almost termakan lipas. Tapi itu semua imagination liar je.

Time nak bayar, ane tu exclude meggi goreng yang kitorang order. Lepas ni, memang tak makan la dekat restoran Syed. Akan ku jadikan kau sejarah. Why me why me? Soalan yang sama berulang dalam kepala. Muahahhahaha...

P/S: Selepas 24 jam, dah sah aku takde cherry berry, sakit perut, muntah muntah atau pening kepala. Kalau ada aku saman ko ane!