jangan pergi mana mana 9 julai ni.
duduk rumah je..
kakak tak pernah tengok dulu peristiwa 13 MEI tahun 1969..
mama ade kat kl masa tu..
so last week, aku jumpe mama and once again she remind me..
it was chaotic, crazy dan hari yang sangat menakutkan..
masa tu mama sekolah menengah tingkatan 6..
sekolah berasrama di kuala lumpur..
kawan kawan mama dari serata pelusuk negeri..
ade yang dari sabah sarawak..ade jugak sorang yang dari indonesia..
masa peristiwa 13 MEI tu, mama cakap keadaan sangat kelam kabut..
abang kepada kawan baik mama turut serta semasa peristiwa 13 MEI..
tapi disebabkan kekocohan, kacau bilau, suasana gila, manusia hilang kewarasan dan pedoman..
ada yang membunuh..
dan abang kepada kawan mama meninggal semasa peristiwa 13 MEI..
mayatnya tak jumpa..
mereka yang terkorban di tanam beramai ramai..
dapat berita kehilangan itu pon melalui gambar mereka yang terkorban..
ini ada sedikit peristiwa 13 MEI aku ambil dari wikipedia
"Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia."
tapi aku tak dapat nak attach kan sekali sebab terlalu panjang..
kalau aku edit takut ada fakta sejarah yang tertinggal..
jadi cerita lain pulak..
aku harap kekecohan tak akan terjadi..
sebab bemulanya peristiwa 13 mei tu hanyalah nak meraikan kemenangan semasa pilihanraya..
yang bertukar menjadi peristiwa hitam negara..
nota: aku teringat semasa aku di UK, tahun 2006. kebetulan masa tu heboh pasal serial killer yang membunuh pelacur jalanan.. ala jack the ripper yang dari US tu.. semasa kejadian tu polis ada di merata tempat walaupon kejadian serial killer tu jauh dari tempat aku duduk..
aku pulak bekerja part time malam..selalu lah berdoa bertawakkal pada ALLAH swt agar aku dilindungi..
sepanjang berjalan ke stesen bas..
mulut aku tak berhenti membaca ayat kursi dan surah surah lain sebagai pendinding..
tu baru disebab kan oleh seorang serial killer..
bayang kan perhimpuanan yang menghimpunkan beribu orang..
suasana mesti semakin tak terkawal...
harap kita kita semua duduk dirumah 9 julai ini..
bermain dengan anak anak, beraktiviti indoor bersama keluarga lebih bermanfaat..
inilah masa kita nak pupuk nilai kekeluargaan selepas berhari hari bekerja!
1 comment:
Terima kasih atas info, Puan.
Sila Like page Tanda Putera di:
www.facebook.com/TandaPutera
Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.
Terima kasih.
Post a Comment